PEKAN: Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Beliau bagaimanapun berkata umat Islam yang menggunakan beras wangi atau seumpama dan setara diwajibkan membayar RM14 manakala mereka yang menggunakan beras basmati atau seumpama dan setara wajib membayar RM21.
"Pada tahun lepas kita hanya menggalakkan umat Islam berkemampuan membayar zakat fitrah mengikut jenis dan harga beras yang sering mereka gunakan tetapi berbeza dengan tahun ini apabila kita mewajibkan.
"Semua perkara berkaitan zakat fitrah telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan ia perlu dipatuhi," katanya pada sidang media Kadar Zakat Fitrah Pahang Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Pejabat MUIP di sini hari ini.
Ahmad Hairi berkata sebanyak 918 amil telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah dan umat Islam dinasihatkan melakukan pembayaran hanya kepada amil yang dilantik.
Beliau berkata selain pelantikan amil, MUIP turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui capaian ezakat.muip.gov.my atau melalui Bank Muamalat.
Selain itu, beliau berkata MUIP akan mengagihkan bantuan lebih RM20.281 juta kepada 38,965 penerima sepanjang Ramadan manakala lebih RM5.247 juta diberikan kepada 11,550 ketua isi rumah golongan asnaf dan fakir miskin yang merupakan penerima zakat bulanan.
"Kita juga memberi sumbangan pengimarahan Ihya Ramadan berjumlah RM4.28 juta kepada 686 masjid dan surau manakala RM292,500 diperuntukkan kepada 149 buah maahad tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar di Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Seramai 918 amil telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah di Pahang. - Gambar hiasan
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.
Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Zakat fitrah di Pahang kekal RM7
Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20
Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20.
ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.
Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta tahun ini
Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lepas meningkat kepada 673,673 orang berbanding 661,703 orang pada 2021.
Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.