awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry ketuai delegasi Malaysia ke AFMM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/05/2023
08:09 MYT
Zambry ketuai delegasi Malaysia ke AFMM
Wisma Putra memaklumkan lawatan kerja tersebut merupakan lawatan sulung Zambry (gambar) ke Australia sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Luar pada 2 Disember tahun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri Luar Negeri (AFMM) Australia – Malaysia kali kelima di Adelaide, Australia bermula hari ini hingga 6 Mei.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan kerja tersebut merupakan lawatan sulung Zambry ke Australia sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Luar pada 2 Disember tahun lalu.
"AFMM merupakan mesyuarat tahunan di antara Menteri Luar Negeri kedua-dua buah negara, di bawah rangka kerja Rakan Kerjasama Komprehensif Strategik (CSP).
"AFMM kelima kali ini merupakan mesyuarat kali kedua sejak taraf hubungan diplomatik ditingkatkan ke peringkat CSP pada 27 Januari 2021," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Jelas Wisma Putra lagi, Malaysia dan Australia telah lama menjalin hubungan persahabatan yang akrab berdasarkan faktor sejarah serta hubungan sesama rakyat yang erat.
Katanya, lawatan Zambry akan membolehkan Malaysia mengukuhkan lagi kerjasama dua hala sedia ada.
"Di samping itu, kedua-dua pihak akan menilai status kerjasama berdasarkan rangka kerja CSP yang merangkumi aspek kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi serta kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau," tambah Wisma Putra.
Australia kekal sebagai rakan dagangan strategik dan terbesar Malaysia bagi destinasi eksport dan sumber import di rantau Oceania.
Pada 2022, jumlah nilai perdagangan meningkat sebanyak 55.4 peratus kepada RM88.65 bilion berbanding RM57.04 bilion pada 2021.
Topic Berkaitan
#Zambry Abd Kadir
#Wisma Putra
#Hubungan Malaysia Australia
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan