JAKARTA: Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-56 (AMM ke-56) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, dari Selasa hingga Jumaat ini (11-14 Julai) di Jakarta, Indonesia.
Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Nur Izzah Wong Mee Choo berkata Zambry akan menyertai Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN +1 (PMC+1) bersama setiap satu daripada 11 negara rakan dialog ASEAN.
Rakan-rakan dialog ASEAN yang terlibat itu adalah Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Kanada, Kesatuan Eropah, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan United Kingdom.
Aturcara lain adalah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Campur Tiga ke-24 (APT FMM ke-24); Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13; dan Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan mesyuarat bersama wakil-wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Forum Serantau ASEAN ke-30 (ARF ke-30).
"Perkara yang akan dibincangkan adalah kemajuan pembangunan komuniti ASEAN, keutamaan dan hasil utama ASEAN di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Indonesia, pelaksanaan kerjasama di bawah dasar Pandangan ASEAN tentang Indo-Pasifik (AOIP), dan isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.
"Mereka juga akan membincangkan persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Mesyuarat-Mesyuarat yang Berkaitan yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2023 di Indonesia," katanya dalam taklimat media hari ini.
Menurut Nur Izzah, AMM ke-56 merupakan platform baik bagi Malaysia berkongsi dan bertukar-tukar pandangan bersama negara-negara ASEAN mengenai isu-isu berkepentingan bersama, termasuklah usaha-usaha pemulihan ekonomi, rantaian bekalan global, keterjaminan makanan, perubahan iklim dan peralihan tenaga.
Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara dalam mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara terutamanya apabila rantau itu menghadapi ketidaktentuan dalam aspek keselamatan dan sosio-ekonomi.
"Pada akhir Mesyuarat ini, para Menteri Luar Negeri ASEAN dijangka memperakukan beberapa dokumen, termasuk Kenyataan Bersama AMM ke-56 yang akan memperincikan hasil perbincangan serta keputusan strategik yang dicapai semasa mesyuarat-mesyuarat itu," katanya.
Sementara itu, Nur Izzah berkata sebagai negara penyelaras untuk hubungan dialog ASEAN-Kanada bagi tempoh 2021-2024, Malaysia dan Kanada akan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat PMC+1 pada Khamis (13 Julai).
Zambry turut dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawatnya dari negara-negara yang hadir di AMM ke-56 untuk mengukuhkan hubungan dua hala, dan dalam membina persefahaman bersama di kalangan pemimpin dunia mengenai isu serantau dan global berkepentingan bersama.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan warganegara Malaysia yang berkhidmat di Sekretariat ASEAN dan organisasi berkaitan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Zambry akan menyertai Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN 1 (PMC1) bersama setiap satu daripada 11 negara rakan dialog ASEAN. -Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Malaysia harap resolusi dwitahunan SEANWFZ diterima pakai tahun ini
Malaysia menyuarakan harapan agar resolusi dwitahunan mengenai SEANWFZ akan diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 tahun ini.
Zambry ketuai delegasi Malaysia ke AMM ke-56 di Indonesia bermula Selasa
Zambry akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-56 (AMM ke-56) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, dari Selasa hingga Jumaat ini (11-14 Julai) di Jakarta.