awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamihan dinasihat berhenti sensasikan keadaan, isu Arab Saudi - Nur Jazlan

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2017
03:00 MYT
Zamihan dinasihat berhenti sensasikan keadaan, isu Arab Saudi - Nur Jazlan
Tindakan Zamihan (gambar) yang juga penjawat awam mengkritik kerajaan menerusi video terbaharu yang tular di laman sosial itu disifat sebagai mengecewakan. - Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pendakwah kontroversi, Zamihan Mat Zin supaya berhenti bercakap mengenai isu yang boleh mensensasikan keadaan khususnya berkaitan Arab Saudi.
Sekiranya ia berulang dan menimbulkan masalah, kementerian itu akan membuat penilaian semula tugasan Zamihan.
Tindakan Zamihan yang juga penjawat awam mengkritik kerajaan menerusi video terbaharu yang tular di laman sosial itu disifat sebagai mengecewakan.
BACA: Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM
BACA: Dakwaan kritik institusi diraja, MAIS arah siasat Zamihan Mat Zin
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya tidak mempertikai kewibawaan Zamihan dalam menjalankan tugas mendamaikan tahanan suspek militan.
Namun, Zamihan perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana setiap perkataan yang dinyatakan akan menggambarkan integriti kementerian.
"Saya minta ustaz Zamihan tutup, berhenti daripada bercakap. Berzikir dahulu sebelum bercakap dan jangan lagi mensensasikan keadaan yang sekarang ini agak tegang.
“Tambah lagi dengan masalah yang berlaku di Arab Saudi, yang berlaku di Lubnan dengan ISIS, Daish maka segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah jadi saya minta beliau senyap,” katanya pada sidang media selepas Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat di Taman Cempaka di sini hari ini.
Dalam video berdurasi dua minit 27 saat itu Zamihan mengkritik isu pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.
Video itu dirakam daripada ceramahnya di sebuah masjid di Ampang, Selangor dan dimuatnaik pada 11 Julai 2017 sebelum menjadi tular.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#daish
#ISIS
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#Media
#militan
#Nur Jazlan
#Nur Jazlan Mohamed
#Putrajaya
#suspek
#video
#Zamihan Mat Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan