awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy cadang perjumpaan peringkat tertinggi dengan Rusia untuk penyelesaian konflik Ukraine

Bernama
Bernama
01/08/2025
15:55 MYT
Zelenskyy cadang perjumpaan peringkat tertinggi dengan Rusia untuk penyelesaian konflik Ukraine
ZELENSKYY: Kami faham siapa yang membuat keputusan di Rusia dan siapa yang mesti menamatkan perang ini. Seluruh dunia juga memahaminya. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menggesa agar diadakan pertemuan peringkat tertinggi dengan kepimpinan Rusia bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menerusi kenyataan di Telegram, Zelenskyy menegaskan: "Kami faham siapa yang membuat keputusan di Rusia dan siapa yang mesti menamatkan perang ini. Seluruh dunia juga memahaminya."
"Ukraine mencadangkan agar perbincangan bergerak daripada kenyataan awam dan mesyuarat teknikal kepada rundingan peringkat kepimpinan. Amerika Syarikat telah mencadangkannya. Ukraine menyokong. Kini, kesediaan Rusia pula diperlukan," katanya.
Presiden Ukraine itu turut mengiktiraf usaha Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam membantu menamatkan peperangan, sambil merakamkan penghargaan dan menyeru sekatan lebih tegas dikenakan terhadap Moscow.
Mengulas kenyataan terbaharu Rusia, Zelenskyy berkata: "Kami mendengar kenyataan daripada pihak Rusia dan sekiranya ini mencerminkan kesediaan sebenar mereka untuk menamatkan perang secara terhormat serta mewujudkan keamanan jangka panjang - bukan sekadar percubaan untuk melengah-lengahkan perang dan sekatan - maka Ukraine sekali lagi mengesahkan kesediaan untuk mengadakan pertemuan peringkat tertinggi pada bila-bila masa."
Susulan pusingan ketiga rundingan damai Rusia-Ukraine di Istanbul, Ketua Delegasi Ukraine Rustem Umerov memaklumkan bahawa keutamaan mereka kini adalah mengatur pertemuan antara presiden kedua-dua negara menjelang akhir Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy
#pertemuan peringkat tertinggi
#Rusia
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan