KUALA LUMPUR: Melewati tempoh lebih dua dekad menanti peluang menjayakan konsert meganya sendiri, penyanyi bersuara lantang Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
Konsert yang bakal dipentaskan di Mega Star Arena di sini pada 25 Mei ini begitu bermakna kepada pelantun Madah Berhelah itu, sebagai hadiah buat peminat yang sekian lama menanti persembahannya di pentas besar.
Malah konsert itu juga sebagai lambang perjuangan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain itu yang telah menempuh pelbagai ranjau sepanjang 33 tahun dalam industri hiburan tanah air, selain kenangan terindah buat dirinya yang bakal menginjak usia 56 tahun pada bulan sama berlangsungnya konsert.
Maka tidak menghairankanlah apabila penerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) 1995 itu, yang juga mesra dengan panggilan Kak Gee, kini gigih mempersiapkan diri dengan aktif bersenam di gimnasium sejak dua bulan lepas.
Kakak kepada penyanyi lelaki popular tanah air Anuar Zain itu berkata latihan kecergasan fizikal adalah bagi meningkatkan stamina dan kesihatan, untuk memastikan beliau dapat memberikan yang terbaik selepas kali terakhir menjayakan konsert solo pada 2001.
"Dulu Kak Gee aktif ke gimnasium tapi berhenti sebab tiada masa. Sekarang Kak Gee dah kembali ke gimnasium dan turut dapatkan nasihat daripada jurulatih yang bertauliah bagi memastikan bentuk dan postur semasa melakukan senaman adalah betul dan sesuai dengan umur yang nak ke 56 tahun.
"Antara senaman yang Kak Gee lakukan ialah mengangkat dumbel secara berperingkat, latihan kardio dan ini penting bagi menguatkan otot serta mengekalkan bentuk badan. Kerjaya Kak Gee sebagai penyanyi perlu sentiasa jaga penampilan dan stamina untuk persembahan," katanya ketika ditemui media selepas program bersama peminat baru-baru ini.
Pelakon utama (bergandingan dengan Awie dan Erra Fazira) filem pecah panggung Sembilu itu, turut berhasrat untuk muncul dengan single terbaharu tahun ini setelah dihujani permintaan peminat.
"Kak Gee dah teruja nak keluarkan single baharu selepas berjaya berduet dengan penyanyi Hasif Upin menerusi lagu Waktu pada tahun lepas dan konsert bersama dengan Anuar pada 2022.
"Tetapi, Kak Gee tak naklah terburu-buru, tak nak asal dapat saja. Biarlah yang betul-betul, cipta lagu yang sesuai dengan Kak Gee," katanya sambil menambah keutamaannya sekarang adalah pada keluarga, namun tidak menolak sekiranya bertemu jodoh yang sesuai.
Ziana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 9 Mei 1998, namun pasangan itu berpisah pada 12 Julai 2018 dan mereka dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Penyanyi bersuara lantang Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan. - Gambar fail/Altus Prohouse
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.
Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.
'Macam tu je dia tarik' - Netizen terpesona dengar suara Ziana Zain nyanyi di kedai makan
Sementara itu, kalangan netizen memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa meskipun sudah meningkat usia.