KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan kertas siasatan melibatkan seorang selebriti yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
Polis juga, katanya, memandang serius isu pelanggaran SOP yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
"Merujuk kepada satu video tular membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut hari raya bersama keluarganya, pihaknya telah membuka kertas siasatan.
"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 P.U.(A) 225/21 bagi siasatan dakwaan ziarah raya yang dilakukan oleh ahli keluarga tersebut, kertas siasatan telah lengkap dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
“Pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia.
“Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan namun aktiviti ziarah raya tetap tidak dibenarkan untuk mana-mana individu sekali pun,” katanya.
Azmi memaklumkan sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), orang ramai diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Astro Awani
Thu May 20 2021
Polis telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Buang al-Quran dalam longkang: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
Polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan itu.
Polis siasat penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja'
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata walaupun program itu telah dibatalkan semalam, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.
Perhimpunan solidariti Muhyiddin: Penganjur, penyokong akan dipanggil - Polis
Polis juga telah membuka kertas siasatan kes berkenaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
Buang al-Quran: Dua lagi individu dirakam keterangan
Dua individu itu termasuk wakil syarikat percetakan dan syarikat yang membuat tempahan bagi naskhah al-Quran berkenaan.
Polis KL terima 400,000 laporan tahun ini, catat peratus pertuduhan tertinggi
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kejayaan itu sekali gus menjadikan kontinjen yang paling tinggi jumlah pertuduhan.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 41 individu, rampas kredit taruhan RM1.16 juta
Kesemua mereka terdiri daripada 38 lelaki dan tiga wanita termasuk seorang wanita warga asing ditahan dalam 24 serbuan berasingan.
Sindiket edar dadah lebih setengah juta ringgit tumpas
Suspek berumur 34 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta pada jam 5 petang.
Tokan heroin diberkas, dadah bernilai RM550,000 dirampas
Serbuan Op Snowshoe dijalankan kira-kira jam 5 petang itu memberkas seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun.
Culik warga Palestin: Polis siasat jika ada penglibatan agensi perisikan luar
Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.
Pengarang Kumpulan NST dipanggil untuk bantu siasatan isu 'ejen Mossad' - PDRM
Ia adalah proses biasa yang perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan artikel yang dikeluarkan.