KUALA LUMPUR: Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik buat juara All England 2021 itu dalam menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai 26 Julai ini.
Perkembangan itu dikongsikan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang mengadakan pertemuan bersama pengurus pemain itu, Lee Zii Yii dan jurulatihnya Wong Tat Meng di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.
Beliau difahamkan Zii Jia akan berdepan jadual padat dimulai dengan Kejohanan Badminton Asia (BAC) Ningbo, China bermula Selasa depan (9 April), diikuti Malaysia Masters (21-26 Mei), Terbuka Singapura (28 Mei-2 Jun), Terbuka Indonesia (4-9 Jun) dan Terbuka Australia (11-16 Jun).
"...jadi memang kalau (dia sertai semua kejohanan itu) dengan Piala Thomas ini maksudnya beban berlebihan terlalu banyak. Jadi ada beberapa cadangan daripada mereka (Team LZJ) tapi saya belum boleh cerita di sini. Saya akan bincang dengan pengurusan dulu apa perancangan mereka pasal Zii Jia untuk Piala Thomas.
"Kita juga lihat Piala Thomas bersama-sama dengan Olimpik juga, jadi kita faham mereka punya perancangan untuk mahu dua-dua pihak senang (dengan keputusan diambil). Saya faham mereka mahu sasar ranking Zii Jia di tangga ke-10 jadi meningkat ranking lapan terbaik. Nanti kita adakan pertemuan kembali dengan Team LZJ," katanya.
Rexy memaklumkan semuanya masih di peringkat perbincangan dengan tarikh akhir penghantaran nama ke Piala Thomas 2024 adalah pada 13 April ini, justeru pihaknya masih menanti pertemuan seterusnya bersama Team LZJ.
Ditanya perancangannya sekiranya khidmat Zii Jia tidak boleh digunakan dalam kejohanan dwitahunan itu, Rexy berkata beliau enggan memikirkan perkara berkenaan kerana semuanya masih di peringkat perbincangan.
Zii Jia secara tidak rasmi telah mengesahkan tiket ke Paris dengan berada di kedudukan ke-10 daripada kelompok 16 terbaik dunia dalam ranking kelayakan yang akan ditutup 28 April ini.
Piala Thomas 2024 akan berlangsung di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Zii Jia secara tidak rasmi telah mengesahkan tiket ke Paris dengan berada di kedudukan ke-10 daripada kelompok 16 terbaik dunia dalam ranking kelayakan yang akan ditutup 28 April ini. - Gambar fail
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.