awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zionis Israel perlu diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa - PN

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2021
06:41 MYT
Zionis Israel perlu diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa - PN
Perikatan Nasional menyokong usaha bersama membantu rakyat Palestin dan memobilisasi sokongan antarabangsa untuk Palestin. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Zionis Israel perlu diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah pembunuhan dan pembersihan etnik yang dilakukan mereka terhadap penduduk Palestin.
Desakan itu dibuat ketua-ketua penerangan komponen Perikatan Nasional (PN) dalam satu kenyataan hari ini yang turut mahukan rakyat Palestin mendapat hak keadilan.
PN menegaskan, kerakusan ala aparteid yang dilakukan sekian lama oleh rejim Israel itu tidak boleh dibiarkan berterusan.
"Kami menyeru dan mendesak pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia segera mengutuk kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.
"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jangan membisu mengenai hal ini tetapi mestilah mengambil tindakan serta merta dan melaksanakan sekatan yang wajar ke atas Israel," ujar mereka.
Malah, mereka turut menyokong usaha membantu rakyat Palestin dan memobilisasi sokongan antarabangsa untuk Palestin.
"Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelbagai bantuan dan usaha serantau yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah bukti kesungguhan kita yang mahukan penyelesaian tuntas dan keadilan untuk rakyat Palestin," ujar mereka.
Mereka pada masa sama menyeru rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin dan berdoa agar rakyat Palestin diberikan kesabaran, pertolongan serta kemenangan dalam usaha mereka memelihara maruah dan hak mereka.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PBB
#Israel
#mahkamah
#jenayah
#rakyat Malaysia
#Zionis
#Palestin
#keganasan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan