awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zizi Kirana mohon maaf kepada suami, minta halal makan minum sebelum ditahan tentera Israel

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
02/10/2025
03:20 MYT
Zizi Kirana mohon maaf kepada suami, minta halal makan minum sebelum ditahan tentera Israel
Kata Yusuf, dunianya gelap sebaik menerima khabar isteri tercinta, Zizi Kirana ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal dalam misi Global Sumud Flotilla dipintas di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.
KUALA LUMPUR: “Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya saat dimaklumkan. Rasa dunia saya gelap, tak tahu nak cakap apa. Tetapi saya reda dan bangga dengan perjuangan isteri saya.”
Itu luahan penuh emosi Yusuf Bahrin, suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, yang kini ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.
Yusuf berkongsi, kali terakhir dia berbual dengan Zizi ialah sekitar jam 1.40 pagi waktu Malaysia menerusi panggilan video.
“Dia telefon beritahu lega sangat dapat mandi sebab sepanjang sebulan mereka hanya guna air laut sahaja. Dia juga beritahu sudah bersedia dan minta saya doakan yang baik-baik,” katanya kepada Astro AWANI dalam nada yang sebak.
Lebih menyentuh hati, kata Yusuf, Zizi itu turut memohon maaf dan meminta dihalalkan makan minumnya sepanjang hidup sebagai isteri sebelum talian itu ditamatkan.
Dalam perkembangan sama, Yusuf yang juga pelakon popular ternama menerima panggilan daripada Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) sekitar jam 8.30 pagi yang memintanya hadir ke pusat berkenaan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai isterinya.
Lapan rakyat Malaysia termasuk Zizi kini disahkan ditahan selepas kapal Sirius dan Alma yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza dipintas tentera Israel pada malam 1 Oktober waktu Gaza.
Maklumat itu dikongsikan menerusi akaun rasmi Sumud Nusantara Official yang turut menyiarkan rakaman video terakhir Zizi sebelum pelayaran.
Dalam video itu, Zizi memperkenalkan dirinya sebagai warganegara Malaysia serta menegaskan bahawa misi flotila tersebut bersifat aman, tanpa keganasan dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
Zizi turut merayu kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mendesak Israel menjamin keselamatan semua sukarelawan serta menuntut pembebasan segera tanpa syarat.
Selain Zizi, beberapa aktivis lain seperti Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli turut tampil dalam rakaman sebelum kapal mereka dipintas sekitar jam 9.47 malam waktu Gaza.
Tiga lagi rakyat Malaysia - Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil - turut ditahan selepas Kapal Alma yang mereka naiki dipintas pada jam 9.44 malam.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Zizi Kirana ditahan Israel
#Yusuf Bahrin
#Global Sumud Flotilla
#Sumud Nusantara Command Centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami