awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari

Bernama
Bernama
12/01/2024
13:51 MYT
Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari
Pelaksanaan itu bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi. - Gambar fail
MELAKA: Tempoh penutupan jalan bagi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di sekitar Banda Hilir akan dipendekkan kepada 21 jam berbanding 54 jam sebelum ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pelaksanaan itu, bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi.
"Perubahan waktu ini akan bermula Jumaat depan hingga hujung Februari depan selepas mengambil kira pendapat peniaga yang terkesan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar lokasi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini hari ini.
Beliau berkata perubahan tempoh penutupan jalan turut mengambil kira sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.
"Saya harap sepanjang penyusunan semula sementara dan pertimbangan khas hingga hujung bulan Februari nanti akan memudahkan peniaga dan pembeli meraikan Tahun Baharu Cina.
"Kita (Kerajaan Melaka) bagi kelonggaran ini supaya kajian baharu dapat dibuat untuk menilai semula kawasan yang terjejas sebelum kita membuat keputusan nanti," katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir melibatkan penutupan jalan selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
Penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng hingga Hotel Equatorial.
Pelaksanaan itu mendapat tentangan daripada peniaga makanan dan cenderamata di Medan Samudera yang berharap kerajaan negeri mempertimbangkan inisiatif berkenaan termasuk memendekkan tempoh masa penutupan jalan kepada hanya setiap Sabtu seperti dilakukan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zon bebas kenderaan
#Banda Hilir
#Ab Rauf Yusoh
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan