ALOR GAJAH: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan, di bandar raya itu.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata notis perubahan berkenaan, akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan kenderaan dalam tempoh pelaksanaan inisiatif itu.
"Kerajaan Melaka mengambil maklum semua aduan dan keluhan rakyat berkaitan perubahan laluan atau lencongan jalan di Zon Bebas Kenderaan...aduan orang ramai tentang 'notis singkat' itu adalah betul.
"Jadi, MBMB akan lebih cakna tentang pengeluaran notis berkenaan dan ia ditambah baik agar tidak menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya, khususnya pelancong," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Machap Jaya di sini lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu lencongan laluan dan perubahan jalan di sekitar Zon Bebas Kenderaan sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan pada pengguna jalan raya khususnya pelancong ke Banda Hilir.
Rais berkata orang ramai diharap tidak terus mempolimikkan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan berkenaan, sebaliknya bersabar dan bersikap positif kerana sepanjang pelaksanaannya sejak Ogos tahun lepas, pelbagai ruang perniagaan dibuka kepada orang ramai termasuk Pahlawan Walk yang kini menjadi salah satu produk pelancongan negeri itu.
Beliau berkata zon itu tetap akan diteruskan kerana ia bukan lagi tempoh percubaan, dan penambahabaikan pelaksanaannya akan dilakukan dari semasa ke semasa, sehingga ia berjalan lancar dan isu aliran trafik diatasi sepenuhnya.
"Saya faham kadang-kadang ada sedikit kesukaran bagi pengguna jalan raya, tetapi saya yakin dan percaya pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan ini, demi kelangsungan serta kebaikan bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga peniaga di zon tersebut," katanya.
Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir membabitkan penutupan beberapa jalan selama 54 jam, bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
Antara tujuan utama kerajaan negeri mencadangkan zon tersebut ialah memastikan Melaka menjadi bandar rendah karbon, di samping memelihara bangunan bersejarah di sekitar lokasi tersebut yang merupakan produk utama pelancongan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir membabitkan penutupan beberapa jalan selama 54 jam, bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.
Zon Bebas Kenderaan: MBMB tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan
MBMB akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan,
Penambahbaikan sentiasa dilakukan di Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir - Exco
Setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas.
Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari
Pelaksanaan itu bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi.
Melaka tambah baik kemudahan, fasiliti pastikan zon bebas kenderaan berjalan lancar
Kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.
Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".