awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Negara dan MyCAT anjur program 'Harimau Malaya Selamanya'

Bernama
Bernama
20/12/2014
10:09 MYT
Zoo Negara dan MyCAT anjur program 'Harimau Malaya Selamanya'
Program ini dapat menyuntik pemahaman orang ramai mengenai pelbagai isu berkaitan pemuliharaan harimau dan hidupan liar. - Gambar fail
Zoo Negara Malaysia dengan kerjasama Perikatan Pemuliharaan Malaysia bagi Harimau (MYCAT) akan menganjurkan program 'Harimau Malaya Selamanya' bermula 24 Disember ini.
Zoo Negara dalam satu kenyataan berkata program sehingga 1 Januari tahun hadapan itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang status ancaman hidupan liar khususnya Harimau Malaya di hutan Malaysia.
"Program ini dapat menyuntik pemahaman orang ramai mengenai pelbagai isu berkaitan pemuliharaan harimau dan hidupan liar serta menanam rasa cintakan khazanah alam semulajadi," menurut kenyataan itu.
Antara tarikan utama pada program itu ialah pameran poster dan barang rampasan daripada kegiatan pemburuan dan perdagangan hidupan liar dan pengunjung boleh bekerjasama berkongsi maklumat dalam membanteras kegiatan ini.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau emel kepada [email protected].
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#hidupan liar
#MYCAT
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan