SEBERANG PERAI: Parti Bangsa Malaysia ( PBM) akan membuat pengumuman rasmi kemasukan lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke dalam parti itu pada 1 Oktober ini.
Ahli Parlimen Ampang yang juga bakal Presiden PBM , Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan PBM yang pertama di Kuala Lumpur .
“Insya-Allah Ahli Parlimen akan bertambah lagi, tetapi tunggulah 1 Oktober ini. Hari itu adalah hari kita adakan Mesyuarat Perhimpunan Agung tahunan pertama Parti Bangsa Malaysia (PBM) di Kuala Lumpur.
"Jadi di situ insya-Allah kita akan buat ‘announcement’ ( pengumuman) kemasukan Ahli Parlimen bersama kita... insya-Allah ada lebih banyak (lagi)…” katanya.
Beliau sebelum ini, mendedahkan terdapat tiga Ahli Parlimen dan ADUN akan menyertai PBM, namun merahsiakan identiti kelima-lima wakil rakyat berkenaan.
Mengulas mengenai persiapan parti itu pada Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15), Zuraida berkata, parti itu akan memberi tumpuan untuk mengekalkan kemenangan di kawasan kerusi ‘penyandang’ kerana percaya dengan kekuatan wakil rakyat yang menang pada PRU lepas.
Katanya, walaupun PBM parti baharu, beliau yakin dengan kekuatan wakil rakyat dan jentera yang dimiliki parti itu selain penerimaan baik rakyat berdasarkan sambutan yang diterima menerusi jelajah seluruh negara.
“ Ya kita akan tumpukan di semua kerusi-kerusi yang ada penyandang, 'incumbent seat', kita tidak mahu buang masa, kita very focus, kita believe (percaya) kerusi yang kita dah sandang macam YB Leong (Tebrau) dah tiga kali term(penggal), YB Haniza tiga terms(penggal), saya pun tiga term,( penggal).
"Saya rasa potensi untuk kita mengekalkan kemenangan kerusi ini amat cerah kerana kita dah berkhidmat di kawasan itu selama tiga penggal.
"Alhamdulillah pengundi kenal kita, jentera pun mantap di kawasan yang telah kita sandang sebagai wakil rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat PBM Pulau Pinang di Juru, Pulau Pinang pada Sabtu.
Sebelum ini, Zuraida berkata, PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN melibatkan calon 'incumbent'.
Katanya, PBM ada empat ahli Parlimen iaitu Ampang (Zuraida), Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Datuk Mohamaddin Ketapi) selain lima ADUN iaitu tiga dari Perak dan dua dari Selangor.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, PBM tidak menolak untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi baharu termasuk di Pulau Pinang sekiranya mendapat tawaran daripada parti gabungan yang akan mereka sertai nanti.
Sementara itu, ditanya mengenai permohonan menjadi sebahagian daripada komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) Zuraida berkata belum ada sebarang kata putus dicapai buat masa ini.
“We will cross the bridge when we come to it. Kita tidak akan memikirkan perkara yang belum terjadi (penerimaan BN). Kita hanya bertindak berdasarkan apa yang ada (situasi) sekarang," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Sep 24 2022
Zuraida merasmikan Pejabat PBM Pulau Pinang di Juru, Pulau Pinang pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.