awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
05:38 MYT
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Hakim, Datuk Akhtar Tahir yang membenarkan saman berkenaan, pada 23 Jun lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Datuk Zuraida Kamaruddin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Menerusi notis rayuan difailkan firma guaman, Tetuan Zharif Nizamuddin, Zuraida menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Hakim, Datuk Akhtar Tahir yang membenarkan saman berkenaan, pada 23 Jun lalu.
“Saya merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan terbabit,” katanya.
Pada 23 Jum lalu, Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada Zuraida berhubung isu pelanggaran syarat bon berkenaan.
Menerusi pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020, Zuraida telah menandatangani bon yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.
PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.
Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.
Selain Zuraida, 10 lagi ahli PKR yang keluar parti itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok),Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#saman pkr
#langgar syarat bon
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan