Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik.
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi ini.
Pada Isnin, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield.
Dua liter tompokan minyak diambil sebagai sampel.
Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.
"Peluasan parameter operasi ini membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam kenyataan.
Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.
JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.
Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.
Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bernama
Thu Apr 17 2014
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian
Sedekad sudah berlalu sejak tragedi MH370 dan misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu terus mencengkam dunia.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
MH370: MOT usaha dapatkan kelulusan Kabinet sambung kontrak dengan Ocean Infinity
Ia bagi menandatangani kontrak baharu bersama syarikat Ocean Infinity untuk menyambung pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.