awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN sudah jangka Mat Taib masuk Pas

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
22/04/2013
11:37 MYT
BN sudah jangka Mat Taib masuk Pas
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS bukan satu isu kepada BN.
Sebaliknya, kepimpinan BN sudah lama menjangkakan perkara itu akan berlaku.
"Ia bukan suatu isu kerana kita sudah pun jangka," kata Najib semasa sidang media selepas menjelajah kawasan pilihan raya di Selangor.
Muhammad hari ini secara rasmi menyertai Pas dan berikrar akan membantu kempen parti Islam itu ke arah perubahan yang berlandaskan kepada roh Islam.
Pada sidang media yang sama, Najib turut menyatakan keyakinan beberapa kerat anggota BN yang berdegil untuk menjadi calon bebas tidak akan mendapat sokongan menyeluruh.
"Yang penting parti kerana pengalaman menunjukkan kalau nama-nama besar bertanding bebas, tidak kuat," kata beliau.
Menyentuh mengenai bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendakwa bahawa BN tidak menawarkan kepada beliau kerusi untuk bertanding, Najib menegaskan dakwaan itu salah.
"Tidak, boleh tanya MB (Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir), boleh tanya Tan Sri Muhyiddin (Yassin). Memang kita sudah tawarkan kepada dia DUN," kata Najib.
UMNO hari ini secara rasmi mengeluarkan surat pemecatan ke atas Kamilia dan 57 ahli UMNO yang jadi calon bebas dalam pilihan raya umum ini, termasuk yang mencadang dan menyokong pencalonan itu.
Kamilia bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum ini. Beliau sebelum itu ditawarkan bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan dan dijanjikan sebagai exco kerajaan negeri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatannya hari ini, Najib berpuas hati terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Selangor sepanjang kempen seharinya di negeri itu.
Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor memaklumkan pengundi kaum India di Shah Alam telah memaafkan calon BN di kerusi P.108 itu iaitu Datuk Zulkifli Noordin berhubung kenyataan beliau yang bersifat perkauman 10 tahun lalu.
"Jangan lupa yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang merobohkan sebuah kuil milik swasta dulu adalah lebih teruk," kata Najib.
Tambah Najib, keputusan untuk memilih Zulkifli sebagai calon adalah untuk memenangkan BN di Shah Alam.
Topic Berkaitan
#kamilia ibrahim
#Muhammad Muhammad Taib
#Najib Tun Razak
#Parlimen
#PAS
#PRU-13
#PRU13
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan