awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan merajuk kalau tidak dicalonkan -Khairy

Bernama
Bernama
04/04/2013
08:21 MYT
Jangan merajuk kalau tidak dicalonkan -Khairy
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta anggota sayap itu tidak "merajuk" atau menentang jika mereka tidak dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Katanya perkara itu turut terpakai oleh dirinya sendiri yang tetap komited memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) andai tidak tersenarai sebagai calon.
"Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau diarah bertanding saya akur, kalau diminta undur saya akur juga," katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.
Menurut Khairy sekarang adalah masa bagi pemimpin muda membuktikan perpaduan dan kesetiaan kepada parti menerusi amalan dan tindakan.
Yang penting bukan jawatan tetapi niat untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanannya dalam membawa kebaikan kepada rakyat, katanya meminta semua anggota dan pemimpin sayap itu menjadikan beliau sebagai contoh.
"Saya Ketua Pemuda Umno Malaysia, pangkat Naib Presiden Umno, namun saya tidak dilantik dalam Kabinet.
"Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya.
Walaupun begitu, saya tak pernah kenal erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#merajuk
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan