Dalam jangkaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan aplikasi untuk memastikan orang awam dimaklumkan dengan setiap aktiviti kempen mereka.

Aplikasi yang dinamakan sebagai PKR itu, akan menawarkan berita terbaru, kemudahan pengesahan pemilih, video sidang akhbar dan aktiviti kempen, kemaskini Twitter, jadual acara dan ucapan pemimpin pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim serta profil calon-calon PKR.

Aplikasi ini telah dibangunkan untuk telefon pintar ‘Apple’ dan ‘Android ‘dimana ia boleh dimuat turun melalui ‘iTunes’ dan ‘Market Place’ bermula 25 Mac depan.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) juga telah melancarkan aplikasi yang dipanggil ‘BN News’ Sabtu lalu yang menawarkan berita umum berkaitan dengan BN.

Pengerusi Pemuda Umno Unit Media Baru, Tun Faisal Ismail Aziz berkata aplikasi dengan berita yang berkaitan dengan PRU13 akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bulan lalu, BN telah merapatkan jurang dengan pendengar dengan radio Barisan Nasional Selangor, yang juga dikenali sebagai SelangorBN.FM, melalui telefon pintar.

Parti Islam SeMalaysia (PAS), juga telah memilih media baru untuk mempromosikan aktiviti kempen mereka dengan menaikan taraf laman web mereka yang sedia ada. Ia akan membawa butiran calon PAS parlimen dan berita mengenai aktiviti pilihan raya.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai pihak pembangkang melalui saluran radio 24-jam yang dipanggil Hijau.fm.