awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi Semporna tidak perlu bimbang keluar mengundi 5 Mei

Bernama
Bernama
27/04/2013
13:28 MYT
Pengundi Semporna tidak perlu bimbang keluar mengundi 5 Mei
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek memberi jaminan kepada rakyat tempatan, terutamanya pengundi, supaya tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada hari pengundian 5 Mei ini.
Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, mereka boleh melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut kerana kawalan keselamatan di daerah Semporna telah diperketat dengan penugasan anggota pasukan keselamatan di kawasan darat dan juga pulau-pulau sekitarnya.
"Pengundi jangan dengar jika ada khabar angin yang bertujuan untuk menakutkan pengundi keluar mengundi kerana keadaan keselamatan sudah bertambah baik, kalau ada (khabar angin) terus hubungi sendiri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Mohammad berkata demikian kepada pemberita selepas melawat IPD Semporna di sini Sabtu.
Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Esscomm, Datuk Abd Rashid Harun, Pengarah Bahagian Perisikan Satu, Datuk Mohd Nadzer Ahmad, Pengarah Bahagian Perisikan Dua, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman dan Pengarah Bahagian Pertahanan, Mejar Jeneral, Datuk Abdul Halim Abdul Jalal dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.
Sementara itu, Mohammad berkata beliau berpuas hati dengan tahap kesiap siagaan pasukan polis Semporna menjelang hari pengundian 5 Mei depan.
"Pengundi jangan bimbang sebab semua pusat mengundi ada anggota keselamatan yang 'standby' (sentiasa bersiap sedia) untuk memantau di sana. Di pulau-pulau pula, kita akan ketatkan lagi kawalan di kawasan persekitaran. Ini untuk memberi keyakinan kepada pelabur bahawa pulau berada pada keadaan selamat untuk melabur di situ," katanya.
Daerah Semporna diletakkan di bawah ESSCOM yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu bagi mencegah insiden pencerobohan berulang.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Filipina
#GE13
#Lahad Datu
#operasi daulat
#Ops Daulat
#PRU13
#Sabah
#Sulu
#vote
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan