awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamby Chik: DAP guna isu perkauman raih sokongan

Bernama
Bernama
02/05/2013
14:25 MYT
Tamby Chik: DAP guna isu perkauman raih sokongan
Veteran Umno Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata DAP menggunakan taktik menakut-nakutkan kaum Cina melalui isu perkauman bagi meraih sokongan kaum itu pada pilihan raya ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berkata parti itu memberi gambaran bahawa orang Melayu menguasai keseluruhan pentadbiran negara dan menyekat kaum Cina dalam bidang ekonomi.
"Gambaran berlebih-lebihan ini, menunjukkan seolah-olah kerajaan langsung tidak memberikan apa-apa kemudahan dan menutup peluang kaum Cina dalam bidang pentadbiran dan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas kejatuhan harga getah peringkat negeri Melaka.
Beliau berkata tuduhan itu sama kali tidak berasas kerana kerajaan tidak pernah mengkhianati kejayaan dan pencapaian yang dikecapi kaum Cina dalam bidang ekonomi.
Sebaliknya, kejayaan itu menjadi semangat kepada kaum Melayu untuk berada sama taraf dengan kaum Cina dari segi kebolehan, kepintaran dan kebijaksaan dalam bidang ekonomi melalui semangat toleransi yang telah diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Sementara itu, Rahim berkata konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP juga dilihat sebagai dasar berat sebelah yang hanya menguntungkan kaum Cina yang sememangnya telah menguasai ekonomi negara.
Beliau berkata melalui konsep tersebut peluang akan diberi kepada golongan yang cemerlang untuk menguasai ekonomi, perusahaan dan keusahawanan yang secara kebetulannya kaum bumiputera terutama Melayu agak ketinggalan dalam bidang tersebut.
"Walaupun bumiputera termasuk kaum Melayu merupakan 68 peratus daripada rakyat negara ini tetapi mereka hanya memiliki kekayaan dan kemakmuran negara sebanyak 24 peratus berbanding kaum Tionghua yang menguasai hampir 50 peratus kekayaan negara," katanya.
Sehubungan itu katanya dasar itu tidak seharusnya dilaksanakan di negara ini kerana ia akan memberi kesan negatif kepada jurang ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
Pada majlis itu, Rahim menyampaikan bantuan khas kejatuhan harga getah RM500 kepada 2,000 pekebun kecil di negeri itu.
Rahim berkata seramai 7,597 pekebun kecil di Melaka layak menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM160 juta yang diperuntukan kepada semua pekebun kecil di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#BN
#DAP
#PRU13
#Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan