Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak luar termasuk kumpulan penceroboh.

Perdana menteri berkata kerajaan akan menentang penceroboh dan musuh negara secara habis-habisan demi mempertahankan kesejahteraan rakyat yang dikecapi selama ini.

Perdana menteri menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penutupan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri dan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti peringkat kebangsaan 2013.

Sambil menaruh keyakinan penuh terhadap kegagahan pasukan keselamatan negara, Najib berkata insiden pencerobohan di Sabah akan dapat diatasi dengan bijak dan berkesan tidak lama lagi.