awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditangkap ekoran letupan di Nibong Tebal

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
25/04/2013
10:20 MYT
Tiga lelaki ditangkap ekoran letupan di Nibong Tebal
Pihak Polis berjaya menangkap tiga orang lelaki berumur dalam lingkungan 25 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan kes letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal.
Menurut Jurucakap Pilihanraya Polis Pulau Pinang ACP Roslee Chik, ketiga-tiga mereka di tangkap di Georgetown, Nibong Tebal dan Bukit Mertajam.
Jelasnya Tangkapan dibuat sekitar jam 11 malam Rabu sehingga 11 pagi Khamis.
"Mereka ini akan direman untuk siasatan lanjut dan kita masih lagi menjejaki beberapa orang lagi yang kita syaki adalah rangkaian kumpulan sama dan salah seorang daripada mereka ini memiliki rekod mempunyai bahan letupan," kata Roslee.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didakwa dibawah Seksyen enam Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu Roslee turut memaklumkan satu insiden pergaduhan berlaku di Markas Pas di Gelugor malam Rabu.
Dalam kejadian tersebut seorang jurugambar telah dipukul selepas beliau didapati mengambil gambar satu pergaduhan di antara dua penyokong parti politik.
Jelas Roslee pihaknya telah memulakan siasatan dan diklasifikasikan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Beliau turut mengulangi nasihat sama kepada semua parti politik agar dapat mengadakan ceramah dengan baik dan mengelakkan pergaduhan di antara penyokong parti.
Topic Berkaitan
#bilik gerakan
#BN
#letupan
#Nibong Tebal
#siasatan
#tiga lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan