awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2022
03:28 MYT
10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Istiadat tersebut berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serena pada Sabtu. -Instagram / Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SERAMAI 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.
Istiadat berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene pada Sabtu.
Berangkat sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Exco Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K. Raven Kumar (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).
Turut mengangkat sumpah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).
View this post on Instagram
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim)
Pada 15 Mac lalu, ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan tahniah atas pelantikan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon dan ADUN Paloh, Lee Ting Han sebagai Exco negeri Johor.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ka Siong memaklumkan Tian Soon memegang portfolio Kesihatan dan Perpaduan sementara Ting Han pula memegang portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
Ka Siong turut berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohamad dan Menteri Besar Johor baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan serta sokongan serta kerjasama kepada parti MCA.
Ujarnya, MCA berjanji akan terus bekerja keras untuk membalas sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu dan memastikan rakyat serta negeri Johor ini kekal stabil, makmur dan maju jaya di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#Exco
#ADUN
#kerajaan negeri Johor
#Sultan Ibrahim Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan