KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kepada pekhidmat rumah tangga di seluruh negara menjelang Jun depan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bakal memanfaatkan seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga yang merangkumi pengasuh, pembantu rumah, pekebun, pemandu peribadi serta tukang masak.
"Mengambil kira golongan tercicir ini, Perkeso memperluaskan akta ini kepada 104,400 pekerja (bakal) mendapat faedah merangkumi 15,000 orang berstatus warganegara Malaysia dan pemastautin tetap serta 89,400 pekerja asing mendapat faedah.
"Ini membolehkan pekhidmat rumah tangga mendapatkan manfaat perlindungan keselamatan sosial seperti golongan lain," katanya.
Tambah Saravanan, golongan terbabit sebelum ini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
Lebih malang jelasnya, bantuan tidak dapat diperluaskan kerana golongan itu tiada perlindungan jaringan keselamatan sosial.
"Seperti pemandu peribadi, tukang masak, penjaga anak dan sebagainya (mereka ini) tiada perlindungan jaringan keselamatan.
"Maka dengan akta ini diperluaskan, kita dapat membantu golongan penting, dan dijangka dapat dilaksanakan bermula 1 Jun 2021, selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Kita akan laksanakan dan kadar bayaran caruman oleh majikan dan pekerja mengikut kadar caruman semasa," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, dalam usaha menangani COVID-19 dan krisis ekonomi yang melanda negara ketika ini, Perkeso berjaya menyelamatkan 2.72 juta tenaga kerja serta 300,000 syarikat yang terkesan akibat wabak itu.
Malah ujarnya, tahun lalu Perkeso telah berjaya membayar faedah berjumlah RM4.25 billion berbanding RM4.2 billion pada tahun 2019 dan RM3.8 billion tahun sebelumnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Iftar Perkeso 2021 di ibu negara pada Selasa.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Azizn Mohammed.
Fareez Azman
Tue Apr 20 2021
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ketika sidang media pada Majlis Iftar PERKESO hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
KESUMA laksana 80 pembaharuan sejak diterajui Sim
Kesemua pembaharuan yang dilakukan itu meliputi empat tema utama iaitu gaji pekerja, latihan, keselamatan sosial dan tatakelola baik.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
i-Sayang: Suami boleh carum 2 peratus kepada akaun KWSP isteri
Kemudahan i-Sayang adalah sebahagian usaha berterusan KWSP untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.
Bajet 2022: Kerajaan tampilkan langkah yang diperkenal PH - Tony Pua
Bagaimanapun, Pua mendakwa kerajaan gagal tampil dengan langkah mengelak krisis bajet yang didakwa bakal terjadi dalam masa terdekat.
104,400 pekhidmat rumah tangga bakal dilindungi di bawah Perkeso - Saravanan
Menurut Datuk Seri M Saravanan, inisiatif di bawah Perkeso itu bakal memanfaatkan seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga.
Kesejahteraan sosial: Apa harapan rakyat?
Menjelang 2050, kesejahteraan masyarakat sedunia lebih tertumpu kepada aspek tidak ketara seperti keselamatan sosial, kebebasan dan keadilan.
Perkeso cadang perluas caruman meliputi petani, penoreh dan nelayan
Sebelum ini beberapa golongan sahaja berpeluang mencarum dalam skim itu termasuk pemandu teksi, grab dan pemandu bas yang akan dikuatkuasakan mulai Julai depan.