awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2023
06:13 MYT
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Abdul Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Syahir memaklumkan, pihaknya dihubungi Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Abdul Hadi berhubung laporan polis membabitkan ucapannya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor.
"Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi), dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman.
"Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (setiausaha akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), bagi membantu siasatan," katanya.
Syahir menjelaskan, Abdul Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan.
Dipercayai Abdul Hadi dipanggil memberi keterangan susulan ucapan yang dibuat dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Markas Pas kawasan Bakri, di Muar Johor pada malam Sabtu lalu.
Dalam ceramah itu Ahli Parlimen Marang itu dilapor menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dengan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.
Menurutnya pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah dan bukannya Lembaga Pengampunan.
Malah beliau menegaskan undang-undang Islam dilaksanakan untuk mendidik bukan menyeksa.
Justeru menurut Abdul Hadi, Pas mahu peruntukan undang-undang yang ada sekarang ditukar kepada peraturan Islam.
Keterangan Polis: TGHH Sedia Beri Kerjasama. Pagi ini kami telah dihubungi pihak Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor. pic.twitter.com/WVIGj43aXq
— Syahir Sulaiman (@syahirnomic) August 28, 2023
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#Bukit Aman
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan