awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden, Timbalan Presiden Pas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/09/2025
02:00 MYT
Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden, Timbalan Presiden Pas
Abdul Hadi (kiri) dan Tuan Ibrahim mengekalkan jawatan masing-masing selepas diumum menang tanpa bertanding bagi sesi 2025/2027 sempena Muktamar Tahunan Pas ke-71. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalan beliau, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas diumum menang tanpa bertanding bagi sesi 2025/2027 sempena Muktamar Tahunan Pas ke-71.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat (JKPP), Wan Rohimi Wan Daud berkata, pengesahan itu dibuat selepas semua jawapan tawaran pencalonan diterima dan diteliti oleh jawatankuasa berkenaan yang bersidang pada 2 September lalu.
"Turut menang tanpa bertanding ialah Hussin Ismail sebagai Pengerusi Tetap, Kamal Shaari sebagai Timbalan Pengerusi Tetap selain tiga Naib Presiden iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Idris Ahmad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Amar Abdullah.
"Bagi jawatankuasa kerja Pas Pusat pula, sebanyak 38 calon diterima manakala lapan calon menolak pencalonan, sekali gus menyaksikan pertandingan di peringkat itu," kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sementara itu, Wan Rohimi berkata, semua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat sesi 2025/2027 diumumkan menang tanpa bertanding, termasuk ketuanya Datuk Ahmad Yahaya.
"Untuk Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden disahkan menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua, manakala Dewan Muslimat pula akan diterajui Nuridah Salleh yang turut menang tanpa bertanding," jelas beliau lagi.
Menurut Wan Rohimi, hanya pemilihan bagi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung pada muktamar kali ini, manakala Dewan Ulama tidak mengadakan sebarang pemilihan.
Muktamar PAS kali ke-71 dijadual berlangsung hujung bulan ini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Presiden Pas
#Timbalan Presiden Pas
#Muktamar Tahunan Pas ke-71
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan