awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Adakah pendakwaan Zahid Hamidi bermotifkan politik?" - Soal Armada kepada Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2020
08:26 MYT
"Adakah pendakwaan Zahid Hamidi bermotifkan politik?" - Soal Armada kepada Muhyiddin
Armada mempersoalkan apakah Muhyiddin bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Ahmad Zahid Hamidi adalah pendakwaan politik dan terpilih? - Gambar fail
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut penjelasan daripada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pendakwaan politik terhadap kes rasuah dan pecah amanah yang dihadapi Presiden UMNO itu.
Armada mempersoalkan, apakah Muhyiddin yang juga Perdana Menteri baru dilantik itu bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Zahid adalah pendakwaan politik dan terpilih?
"Adakah Tan Sri (Muhyiddin) bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Zahid Hamidi adalah pendakwaan politik dan terpilih?
"Bukankah akar umbi dan ahli telah berhempas pulas memastikan salah laku Zahid Hamidi dibawa ke pengadilan atas prinsip ketelusan dan 'maslahah ammah'?" soal Armada dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.
Bersatu, kata Armada, akan terus menjadi parti Melayu yang bermaruah demi agama, bangsa dan negara.
Zahid pada hari ini menyifatkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah pendakwaan politik.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menafikan, semua pendakwaan yang telah dihadapkan kepadanya telah digugurkan.
"Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes sebelum ini. Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes," kata Ahmad Zahid lagi.
BACA: Nafi kes digugurkan, Zahid Hamidi sedia tentang pendakwaan politik
Topic Berkaitan
#ARMADA
#Bersatu
#kes mahkamah
#Muhyiddin Yassin
#pecah amanah
#Perdana Menteri
#Rasuah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan