awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Kota Siputeh menangis pertahankan Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2016
04:29 MYT
ADUN Kota Siputeh menangis pertahankan Mukhriz
ABU HASAN: Tetapi saya lakukan semua ini kerana untuk mempertahankan YAB Datuk Seri Mukhriz, saya menangis. - Foto Astro AWANI
"Menangis demi Mukhriz".
Itu yang berlaku ketika majlis solat hajat bagi mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Jitra, Kedah malam tadi.
Malah, tiada siapa menduga bahawa majlis berkenaan akan bertukar menjadi majlis penuh emosi.
Insiden itu berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif sedang berucap bagi mempertahankan Mukhriz.
Di pertengahan ucapannya, secara tiba-tiba, beliau menangis.
"Untuk mempertahankan YAB Mukhriz, saya lari... saya hilang hampir-hampir jatuh ke laut diburu kerana mereka nak kan sesuatu dari saya.
"Tetapi saya lakukan semua ini kerana untuk mempertahankan YAB Datuk Seri Mukhriz, saya menangis. Saya tidak pernah menangis di depan anak-anak. Saya tidak pernah menangis di depan isteri.
"Namun hari ini, di depan isteri saya menangis, di depan anak saya menangis, di depan rakan-rakan saya menangis. Bagaimana sedih dan kecewanya saya, jika orang yang digelar jujur dan amanah... tidak mempunyai moral dan akhlak yang tidak baik," katanya.
Menurutnya, beliau gagal menahan sebaknya kerana mengenangkan pemimpin yang baik seperti itu ingin disingkirkan begitu sahaja.
Abu Hasan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz sendiri berkata, beliau sebelum ini mengelak dari pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan tanda tangannya agar Mukhriz disingkir dari jawatannya.
Beliau menjadi wakil rakyat Kota Siputeh sejak 1995 dan sudah empat penggal berturut-turut memenangi kerusi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abu Hasan Sarif
#ADUN
#Kota Siputeh
#MB Kedah
#menangis
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan