awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Pelabuhan Klang ditegur kurang bangunkan kawasan

Bernama
Bernama
26/03/2016
13:51 MYT
ADUN Pelabuhan Klang ditegur kurang bangunkan kawasan
Azmin berkata kawasan yang diterajui bekas ADUN PKR itu sering dibelenggu masalah kebersihan dan keselamatan. -Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini ditegur kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik hingga kawasan tersebut kurang membangun.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan yang diterajui bekas ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang telah dipecat dan menjadi ADUN Bebas, juga sering dibelenggu masalah kebersihan dan keselamatan.
"Disebabkan kegagalan wakil rakyat berkenaan, ramai rakyat yang kejar Anggota Parlimen untuk memohon bantuan, malah ada juga yang pergi sehingga ke Shah Alam berjumpa dengan ADUN lain.
"Oleh itu, kita melantik seorang penyelaras DUN Pelabuhan Klang untuk menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya," kata Mohamed Azmin kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang di sini.
Menurutnya, pelantikan Azmizam Zaman Huri sebagai penyelaras DUN Pelabuhan Klang adalah langkah penting bagi mengisi keperluan rakyat untuk pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.
Azmin turut memberi jaminan kepada seluruh pengundi kawasan berkenaan bahawa tahap kebersihan dan keselamatan akan menjadi keutamaan kerajaan negeri selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan terbabit.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#adun pelabuhan klang
#Azmin Ali
#Azmizam Zaman Huri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan