awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
13/05/2017
05:56 MYT
ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Jika keputusan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah akan melihat sama ada tindakan (keputusan) ini adalah sebagai keutamaan Dewan. - Gambar fail
Wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon yang dilucut kelayakannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dikatakan boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah namun peluangnya dilihat adalah tipis untuk mencapai keputusan positif.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini berikutan keputusan yang dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam adalah selari dengan peruntukan undang-undang dan keistimewaan yang dimiliki Dewan tersebut.
Berdasarkan pengalaman, beliau yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata sejak awal lagi Dr Ting sudah hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kerana beliau memiliki kewarganegaraan Australia.
"Dari sudut perlembagaan, tindakan DUN Sarawak adalah betul dan wajar. Berdasarkan keistimewaan Dewan pula, walaupun seseorang itu telah dipilih rakyat sebagai wakil mereka tetapi dewan ragu-ragu dia boleh dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Surau Nurul Hidayah di Kampung Cemerlang di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.
"Jika keputusan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah akan melihat sama ada tindakan (keputusan) ini adalah sebagai keutamaan Dewan. Kalau mahkamah tafsir tindakan DUN Sarawak sebagai bidang kuasa serta keistimewaan, dengan sendiri mahkamah tidak boleh tentukan sama ada tindakan DUN betul atau tidak kerana itu diluar bidang kuasa mahkamah, di bawah perlembagaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Dr Ting Tiong Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan