awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Sindumin Datuk Yusof Yacob keluar Warisan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2021
02:49 MYT
ADUN Sindumin Datuk Yusof Yacob keluar Warisan
Yusof dikatakan mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Menurut pegawai media, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.
Mazlan berkata, beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.
"Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum," katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian, pada malam Sabtu.
Menurut Mazlan lagi, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.
"Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.
"Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara," katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Warisan Sipitang adalah antara pemimpin terawal dalam parti itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Yusof Yacob
#Sabah
#ADUN Bebas sokong kerajaan
#keluar parti Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan