SHAH ALAM: Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.
Afnan Hamimi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan itu, selepas sepenggal menerajui sayap kanan parti berkenaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Perak Mohd Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin selaku Naib Ketua Pemuda dengan masing-masing juga menang tanpa bertanding.
Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-64 yang berlangsung di sini hari ini.
Dalam pada itu, penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Nuridah Salleh, kekal menerajui sayap parti itu bagi penggal akan datang, apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.
Turut dipilih semula ialah Dr Rosni Adam selaku Timbalan Ketua dan Salamiah Mohd Nor sebagai Naib Ketua, apabila turut menang tanpa bertanding.
Ini sekali gus melengkapkan senarai jawatankuasa kerja tiga sayap utama Pas, selepas semua Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengekalkan jawatan masing-masing, bagi sesi pemilihan 2023-2025.
Esok Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 akan bermula dengan perasmian dan ucapan dasar Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bagi penggal 2023-2025. - Gambar fail
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Solidariti Palestin: Dewan Rakyat perlu buat usul kecam rejim zionis Israel - Pemuda Pas
Pemuda Pas menggesa Dewan Rakyat membuat usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Afnan Hamimi Ketua Pemuda Pas yang baharu, Nuridah Kekal Ketua Muslimat
Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.
Guna naratif 'pintu belakang' sebenarnya tuju kepada siapa? - SetPol MB Kedah
Kata Afnan, jawapan sebegitu kebiasaannya dikeluarkan oleh seseorang yang tidak yakin bahawa partinya boleh menang.
Ketua Pemuda Pas P. Pinang bertanding di Permatang Pauh
Afnan Hamimi merupakan calon orang muda dan diyakini akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk Pas.
Tidak warta fatwa, PAS P.Pinang akan saman kerajaan negeri
PAS Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang -undang terhadap kerajaan negeri berhubung dakwaan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan.