awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda pemerkasaan wanita antara inti pati Tekad Wanita Perpaduan

Bernama
Bernama
14/05/2023
07:10 MYT
Agenda pemerkasaan wanita antara inti pati Tekad Wanita Perpaduan
Dokumen tekad berkenaan ditandatangani lima pimpinan utama wanita, mewakili pimpinan wanita dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Agenda pemerkasaan wanita dan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan itu dalam kumpulan membuat keputusan di setiap peringkat merupakan antara yang terkandung dalam Tekad Wanita Perpaduan yang dimeterai sempena Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan hari ini.
Dokumen tekad berkenaan ditandatangani lima pimpinan utama wanita, mewakili pimpinan wanita dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan, sebagai simbolik komitmen bersama-sama membawa dan menyokong tema MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat.
Ia ditandatangani Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah Sabu, Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fatimah Abdullah, wakil Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Flovia Ng dan Pemangku Ketua Wanita Parti Warisan Norfaizah Chua.
Dokumen berkenaan turut mengandungi tekad dalam memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, pendidikan, keselamatan, sosial dan hak asasi manusia.
Selain itu, ia turut mengandungi tekad mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menjadi peneraju utama dalam pembangunan komuniti masyarakat MADANI.
Majlis menandatangani dokumen tekad berkenaan disaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.
Terdahulu bacaan ikrar tekad itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri.
Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan yang dihadiri kira-kira 3,400 peserta daripada pelbagai parti itu merupakan sebahagian daripada agenda Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan sehari yang berlangsung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita Perpaduan
#Tekad Wanita Perpaduan
#agenda pemerkasaan wanita
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan