awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli, bekas ahli UMNO undi PN satu pengkhianatan besar - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2023
03:40 MYT
Ahli, bekas ahli UMNO undi PN satu pengkhianatan besar - Anwar
Anwar mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah merancang untuk mengharamkan UMNO selepas berkuasa pada 2018. - Gambar fail
YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu supaya tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan ahli UMNO mahupun bekas ahli UMNO mengundi PN adalah satu pengkhianatan besar terharap parti itu.
"Satu undi daripada mantan (ataupun) ahli UMNO kepada musuh (parti pembangkang) adalah pengkhianatan besar pada bangsa, parti dan agama. Itu fahaman dan keyakinan kita.
"Bagi kita Islam itu lebih baik dimartabatkan dalam negara yang pelbagai kaum ini dengan pendekatan kita. Kalau bawah mereka itu lebih menakutkan dan negara tidak mampu, negara pelbagai kaum dan agama tidak mampu melihat bibit perpecahan dengan UMNO," katanya.
Anwar berkata sedemikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini pada Sabtu malam.
Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin parti bertanggungjawab menerangkan kepada ahli UMNO supaya tidak mendengar nasihat musuh sekiranya ingin menyelamatkan parti dan negara.
"Ini ada mantan menteri UMNO dengar bisikan musuh konon tak ada pilihan untuk selamatkan UMNO kena bersama Pas. Ini fatwa apa?
"Jadi, pastikan kita bekerjasama sebagai pasukan, memang ambil masa, di atas nampak sudah rapat, di bawah masih resah. Tanggungjawab pimpinan kena ada ketegasan dan keberanian, yakin dan sampaikan," katanya.
Justeru, kata beliau, pimpinan PH-BH tidak boleh resah apabila berhadapan agenda lawan, selain perlu tahu cara bagi menyelamatkan parti dan negara dengan membina kekuatan bersama.
Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan bahawa ada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika mereka berkuasa pernah mahukan UMNO diharamkan.
Anwar mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah merancang untuk mengharamkan UMNO selepas berkuasa pada 2018.
Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau membantah idea itu sekeras-kerasnya, malah ia tidak dipersetujui Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Disebabkan itu, beliau tertanya-tanya kepada ahli UMNO sama ada mahu menyokong Bersatu, yang mana mereka ingin mengharamkan UMNO jika kembali berkuasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kedah
#Anwar Ibrahim
#ahli UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan