awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli keluarga bantu kempen Jamilah, akan berkampung di Tanjong Datu

Bernama
Bernama
04/02/2017
06:05 MYT
Ahli keluarga bantu kempen Jamilah, akan berkampung di Tanjong Datu
Azizul Annuar (tengah) mewakili ibunya, Datuk Amar Jamilah Anu yang merupakan calon BN bersama dua pencabar daripada PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit (kiri), dan calon Star, Johnny Aput. - Foto Bernama
Ahli keluarga Datuk Amar Jamilah Anu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan berkampung di kawasan itu sepanjang tempoh berkempen hingga hari pengundian.
Anak Jamilah, Azizul Annuar Adenan berkata beliau bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya akan membantu kempen itu memandangkan ibunya masih dalam tempoh edah kematian suami.
Katanya mereka akan berkempen mengikut perancangan yang dibuat oleh jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak.
"Insya-Allah memandangkan ibu masih dalam tempoh edah, saya, adik-beradik yang lain serta ahli keluarga akan turun berkempen membantu," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK itu di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.
Azizul yang merupakan anak bongsu Jamilah dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, berkata strategi kempen yang dirancang termasuk penggunaan media sosial.
Beliau turut melahirkan rasa syukur dengan kelancaran proses penamaan calon hari ini serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan PBB, BN serta anggota parti yang hadir memberikan sokongan kepada ibunya.
Ditanya mengenai PRK Tanjong Datu melibatkan pertandingan tiga penjuru, Azizul berkata sistem demokrasi yang diamalkan perlu dihormati.
"Kami semestinya mengharapkan tiada pertandingan, tetapi tidak mengapa untuk mempunyai lawan pada PRK ini, kita akan lihat (keputusan) apabila pengundi turun hari pengundian nanti," katanya.
PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandang Allahyarham Adenan yang juga Ketua Menteri kelima Sarawak pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Jamilah Anu
#PRK
#Sarawak
#Tanjong Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan