awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen diberi pilihan untuk tidak pakai tali leher esok

Bernama
Bernama
19/12/2022
12:45 MYT
Ahli Parlimen diberi pilihan untuk tidak pakai tali leher esok
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan perkara itu sebelum menangguhkan persidangan hari ini hingga 10 pagi esok. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang hadir pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat esok, dikecualikan daripada memakai tali leher.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan perkara itu sebelum menangguhkan persidangan hari ini hingga 10 pagi esok.
"Cuma satu peringatan dan permintaan, ada cadangan untuk esok, mereka yang nak pakai sut saya kecualikan daripada memakai tali leher. Jadi boleh datang dengan baju Melayu ataupun dengan sut tetapi tanpa tali leher, ia adalah pilihan," katanya di sini.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada perkara itu dibolehkan sepanjang persidangan Dewan Rakyat atau hanya dibolehkan untuk esok sahaja.
Mengikut Panduan Pakaian Di Dalam Dewan Persidangan dalam portal Parlimen.gov.my, individu lelaki yang memasuki Parlimen perlu mengenakan kot, kemeja lengan panjang, bertali leher dengan digalakkan berwarna gelap.
Mereka juga boleh memakai pakaian kebangsaan atau tradisional yang lengkap dengan kasut kulit bertutup atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya dan berwarna gelap serta berstoking.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#tali leher
#Sidang Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan