awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
MPBC himpun lebih 250 ahli perkukuh hubungan Malaysia-Pakistan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Ahli Parlimen Tanjong Karang pula nyatakan sokongan kepada PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/01/2024
07:17 MYT
Sponsor Banner
Ahli Parlimen Tanjong Karang pula nyatakan sokongan kepada PM Anwar
Dr Zulkafperi menyatakan keputusan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menjadi Ahli Parlimen terbaharu daripada blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkembangan itu menyaksikan kini seramai enam Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian, semuanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menerusi kenyataan dikongsikan di laman Facebook beliau, Dr Zulkafperi menyatakan keputusan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan Perdana Menteri Kesepuluh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.
“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Tambah beliau, keputusannya itu bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk Tanjong Karang terus terbela dan mendapat pelbagai manfaat.
"Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Sama juga seperti Ahli-ahli Parlimen pembangkang lain yang menyokong Anwar sebelum ini, katanya beliau masih Ahli Parlimen pembangkang dan Bersatu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat PN kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
Beliau berbuat demikian selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) melakukan perkara sama.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Tanjong Karang
#Zulkafperi Hanapi
#sokong perdana menteri
#Ahli Parlimen Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami