KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menjadi Ahli Parlimen terbaharu daripada blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkembangan itu menyaksikan kini seramai enam Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian, semuanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menerusi kenyataan dikongsikan di laman Facebook beliau, Dr Zulkafperi menyatakan keputusan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan Perdana Menteri Kesepuluh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.
“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Tambah beliau, keputusannya itu bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk Tanjong Karang terus terbela dan mendapat pelbagai manfaat.
"Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Sama juga seperti Ahli-ahli Parlimen pembangkang lain yang menyokong Anwar sebelum ini, katanya beliau masih Ahli Parlimen pembangkang dan Bersatu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat PN kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
Beliau berbuat demikian selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) melakukan perkara sama.
Ridauddin Daud
Wed Jan 24 2024
Dr Zulkafperi menyatakan keputusan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi mengakui sudah membelanjakan lebih RM200,000 peruntukan kerajaan setelah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
Ahli Parlimen Tanjong Karang pula nyatakan sokongan kepada PM Anwar
Dr Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen terbaharu daripada blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.