KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggariskan lima hala tuju baharu bagi membolehkan parti bergerak ke hadapan, sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara.
Beliau berkata, hala tuju pertama adalah menjalin kerjasama strategik dengan mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendepani realiti politik baharu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, menerusi pendekatan itu, UMNO boleh melebarkan jaringan memandangkan realiti ketika ini, parti tidak boleh bersendirian.
"UMNO berpendirian (bahawa) BN perlu diberikan nafas baharu dengan sifat keterangkuman. UMNO perlu menjadi wadah kepada pertubuhan bukan kerajaan Melayu sebagai rakan sekutu. Kita juga perlu mendekati kumpulan-kumpulan ulama yang saya percaya ramai di luar sana bersedia untuk bersama dengan kita.
"Malah usul penubuhan Majlis Ulama UMNO yang pernah dibuat suatu ketika dahulu perlu disegerakan pelaksanaannya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, hala tuju kedua adalah menyegarkan parti dengan pemugaran idea serta pengkaderan yang efektif, sesuai dengan perubahan minda serta keutamaan rakyat.
Beliau berkata, UMNO harus tampil sebagai sebuah parti yang bergerak dengan idea.
"Kita mesti mewujudkan Institut UMNO sebagai sebuah badan pemikir, seperti yang dilontarkan oleh Ketua Puteri UMNO (Datuk Zahida Zarik Khan) dalam ucapan dasarnya. Kita akan menjemput cendiakawan Melayu serta pakar pelbagai bidang bagi mencanai pemikiran di luar daripada kotak kebiasaan kita sebagai sebuah parti pejuang kemerdekaan di milenial baharu ini," katanya.
Dalam aspek pengkaderan, Ahmad Zahid berkata, beliau mahu memastikan idealisme perjuangan terus ditanam dan menjadi pedoman setiap ahli UMNO selain mahu parti didukung dengan prinsip dan disiplin jamaah yang memastikan keputusan dibuat secara bersama dan tanggungjawab dipikul bersama.
Hala tuju ketiga pula merujuk kepada keperluan untuk melabur dalam teknologi dan komunikasi masa hadapan bagi memastikan parti tidak ketinggalan dalam kecanggihan serta kepantasan perhubungan kerana UMNO mesti menguasai teknologi semasa dan terkini sebagai saluran penyampaian, melampaui wadah media sosial sekarang.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selain itu, kempen dan ceramah bersemuka perlu berubah kepada kaedah secara langsung (live) di media sosial dan adalah tidak mustahil menerusi teknologi metaverse mampu menarik minat anak muda.
Hala tuju keempat pula melibatkan gerakan merombak gerak kerja jentera parti secara konvensional kepada pendekatan berasaskan data dan analisis di semua peringkat struktur parti, sesuai dengan demografi pengundi dan psikografik rakyat yang melibatkan kajian keperibadian, nilai, pendapat, sikap, minat dan gaya hidup.
Bagi hala tuju kelima, Ahmad Zahid berkata, parti mesti menggilap dan mengetengahkan muka-muka baharu sebagai wajah hadapan parti selain usaha meningkatkan kualiti ahli serta menggilap potensi mereka untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara perlu sentiasa berjalan.
"Kita mahu pada pilihan raya umum dan pilihan raya negeri yang akan datang, kita mesti membariskan muka-muka baharu sebagai wajah hadapan parti. Kita akan membuktikan wajah segar UMNO yang dapat membawa dan memenuhi harapan rakyat dan kita juga tidak akan melupakan mereka yang berpengalaman untuk turut dipertimbangkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Ahmad Zahid Hamidi (duduk, enam, kanan) pada sesi bergambar selepas acara menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar BERNAMA
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.