awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajak bersatu? UMNO masih 'core' parti Melayu Islam - Tuan Ibrahim

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2019
10:59 MYT
Ajak bersatu? UMNO masih 'core' parti Melayu Islam - Tuan Ibrahim
TUAN IBRAHIM: Kita (Pas) memang konsisten bersama dengan UMNO. Dalam konsep penyatuan ini, kita harus ingat bahawa UMNO masih menjadi core kepada parti politik Melayu Islam di Malaysia. -Gambar fail
Pas kekal konsisten menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau pada masa sama menjelaskan parti Islam itu turut mengalu-alukan sebarang bentuk muafakat politik termasuk pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai partinya.
“Kita (Pas) memang konsisten bersama dengan UMNO. Dalam konsep penyatuan ini, kita harus ingat bahawa UMNO masih menjadi ‘core’ kepada parti politik Melayu Islam di Malaysia.
“Gabungan dua parti ini sebenarnya asas. Kalau parti-parti lain (ingin bersama), mereka harus melihat kepada kekuatan pada UMNO dan Pas. Bagi kita, penyatuan sebenar adalah bersama Pas dan UMNO,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Tuan Ibrahim turut mengingatkan parti Melayu lain termasuk Bersatu agar tidak menafikan kekuatan UMNO dan Pas.
Dr Mahathir sebelum ini mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.
Perdana Menteri berkata perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Gabungan dua parti
#parti Melayu
#PAS
#PPBM
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan