awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal gesa polis siasat kenyataan Guan Eng

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2023
09:52 MYT
Akmal gesa polis siasat kenyataan Guan Eng
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, tindakan itu sebagai memberi amaran keras supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja tanpa mengira parti. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pihak polis diminta menyiasat kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, tindakan itu sebagai memberi amaran keras supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja tanpa mengira parti.
“Bila kita minta jangan mainkan isu 3R, bukan hanya kepada pembangkang, tetapi juga kepada pihak kerajaan.
“Maka tuduhan seperti ini (kenyataan Guan Eng) sangat-sangat tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.
“Saya mohon kenyataan ini disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.
Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.
Ujar Akmal, rakyat negara ini mahukan politik yang progresif dan matang serta berbahas dengan idea, bukan sentimen yang memecahkan.
Beliau menegaskan, Islam tidak pernah mengajar untuk umatnya menindas agama lain dan itu adalah fakta. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Roboh tokong
#Pemuda UMNO
#pulau pinang
#Gelombang Hijau
#PRN
#Akmal Saleh
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan