awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat

Petrus Bernard
Petrus Bernard
01/02/2023
05:42 MYT
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
KALABAKAN: Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Jelas Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu berkata, kemelut politik negeri harus dihentikan supaya tidak membebankan rakyat.
"Buat masa ini saya akurlah dengan keputusan parti bahawa sekarang ini tempoh untuk bertenang tetapi kita kena fokus.
"Pada saya kita kena fokus kepada masalah dan agenda pembangunan negeri, kita tidak mahu berada dalam kemelut politik yang terlampau lama kerana pada akhirnya yang terbeban dan terkesan adalah rakyat," katanya.
Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Tabika Kemas kawasan Parlimen Kalabakan.
Tambah Andi Suryady, buat masa ini kemelut politik harus diketepikan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan dan isu rakyat.
Malah beliau reda dengan apa juga keputusan yang akan diambil kepimpinan UMNO Pusat terhadapnya sebagai ahli UMNO.
"Sebarang tindakan parti saya fikir itu terletak kepada pucuk pimpinan... kita kena fokus kepada pembangunan dan isu rakyat kerana tahun ini adalah tahun yang sukar," katanya.
Topic Berkaitan
#Andi Suryady Bandy
#sokongan Hajiji
#Politik Sabah
#demi rakyat
#Sabah Maju Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan