awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/10/2023
10:48 MYT
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Saravanan berkata, MIC akan terus menyokong Perdana Menteri demi kestabilan politik negara. - Gambar fail
IPOH: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Menurut beliau, perkara tersebut adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu kuasa mutlak Perdana Menteri, tiada sesiapapun patut ‘push’ Perdana Menteri, biar dia buat keputusan.
“PMX tak pernah bincang (mengenai rombakan Kabinet), setakat ini, kita anggap sebagai khabar anginlah,” katanya ketika ditemui selepas ucaptana Konvensyen MIC Perak ke-77 di Ipoh, pada Sabtu.
Saravanan dalam pada itu berkata, MIC akan terus menyokong Perdana Menteri demi kestabilan politik negara.
“Saya dan Tan Sri (SA Vigneswaran, Presiden MIC) telah pun menyatakan kepada Perdana Menteri, kita menyokong kerajaan PMX, tanpa sebarang ugutan, paksaan dan syarat,” ujarnya.
Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Saravanan adalah antara nama yang disebut-sebut tersenarai dalam rombakan Kabinet.
Pada 3 Oktober lalu, Anwar berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti diperkatakan sesetengah pihak.
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#kabinet
#Kerajaan Perpaduan
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan