awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka 6 Mac

Fareez Azman
Fareez Azman
04/03/2020
09:15 MYT
Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka 6 Mac
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob bersetuju istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac ini. - Gambar fail
Ketua Menteri Melaka yang baharu akan mengangkat sumpah pada 6 Mac ini.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan, tarikh berkenaan telah dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka telah bersetuju agar Istiadat Pengurnian Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.
“Tuan Yang Terutama turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh 7 hari dari tarikh pelantikan,” katanya dalam kenyataan media .
Menurut Hasim, istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini.
Bagaimanapun, sehingga kini nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu belum diumumkan.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama calon Ketua Menteri negeri itu sudah diserahkan beliau kepada Mohd Khalil dalam pertemuan di pejabat TYT pada tengah hari tadi.
BACA: Terserah kepada TYT tentukan Ketua Menteri Melaka - Zahid Hamidi
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Ketua Menteri
#Melaka
#Mohd Khalil Yaakob
#Yang di-Pertua Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan