Pas menyifatkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sengaja melakukan provokasi dan menyebarkan propagandanya untuk memecahkan Pas dengan mendakwa akan wujud kerjasama politik antara Pas dan juga UMNO.
Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kenyataan Annuar berhubung kerjasama politik dengan Pas dilihat taktik untuk mengelirukan ahli Pas supaya penyokong Pas tidak keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 akan datang.
“Annuar Musa cuba merosakkan Pas… Dia timbulkan keraguan supaya orang Pas fikir ada perbincangan dengan UMNO dan mereka akan rasa cuak dan tidak akan mengundi.
“Itu strategi dia, tapi tidak berjaya sebab Mustapa buat kenyataan jelas tidak ada kerjasama dengan Pas,” kata Mohd Amar.
Bercakap kepada pemberita selepas ceramah “27 Tahun Membangun Bersama Islam” di sini malam tadi, Mohd Amar mendakwa taktik yang digunakan oleh Annuar tidak menjadi kerana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan tiada sebarang perbincangan dan kerjasama politik di antara Pas dan UMNO.
Baru-baru ini, Annuar Musa memaklumkan akan ada lebih banyak kerjasama dengan Pas selepas ini melibatkan pelbagai perkara dengan meletakkan asas agama sebagai kepentingan.
Katanya, sebagai umat sesama Islam mendokong perjuangan Islam, Pas tidak pernah menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sebaliknya ramai terkeliru dengan istilah kerjasama dengan Pas itu.
Katanya, kerjasama yang dimaksudkan ialah berkonsepkan “Ta’wanun” bukannya bergabung, di mana konsep berkenaan tidak boleh ditolak oleh Pas kerana mereka sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Pada masa sama, Mustapa turut menjelaskan, UMNO dan Pas tidak pernah berbincang untuk mewujudkan pakatan atau kerjasama politik.
Sementara itu, manifesto Pas pusat untuk pilihan raya umum ke-14 nanti akan turut menyenaraikan pelan pembangunan menyeluruh memerintah Malaysia.
Pelan tersebut sebagai tawaran dalam manifesto Pas akan datang bagi membuktikan Pas mampu memerintah Malaysia dan akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang bersama parti dalam gagasan sejahtera.
Muhafandi Muhamad
Sun Oct 22 2017
MOHD AMAR: -Annuar Musa cuba merosakkan Pas Dia timbulkan keraguan supaya orang Pas fikir ada perbincangan dengan UMNO dan mereka akan rasa cuak dan tidak akan mengundi. -Gambar fail
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.