Skip to main content
Advertisement

Politik

Anthony Loke tetap mahu letak jawatan, serah surat selepas pulang dari China

Anthony Loke DAP
Keputusan sudah dibuat, akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri sebaik pulang ke Malaysia, ujar Anthony.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

Anthony, yang juga Setiausaha Agung DAP, menegaskan keputusannya untuk berundur daripada Kabinet tidak berubah, lapor Berita RTM.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri sebaik pulang ke Malaysia,” katanya kepada media Malaysia.

Beliau kini mengiringi Anwar dalam lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou, China.

Ahli Parlimen Seremban itu sebelum ini menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada 19 September lalu.

Bagaimanapun, Anthony berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

Anwar sebelum ini berharap Anthony mempertimbangkan semula keputusannya, selain menggesa semua pihak supaya tidak memberi tekanan kepada DAP untuk keluar daripada kerajaan.


 

Must Watch Video

Advertisement