KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk pentadbiran negara yang lebih stabil.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, kesediaan untuk bekerjasama adalah semata-mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat.
"Saya nak umumkan disini, selain daripada warkah Yang di-Pertuan Agong (merayu Seri Paduka menggugurkan pengisytiharan darurat) daripada pembangkang (terdapat juga) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan (mengutus warkah).
"Ini menunjukkan kesediaan kita bermuafakat, bekerjasama untuk membentuk satu pentadbiran lebih stabil dan menjaga kepentingan rakyat itu mengatasi kepentingan politik kepartian khusus yang terbatas," katanya dalam sidang media secara dalam talian menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
Sebelum ini, Presiden PKR itu meminta semua Ahli Parlimen untuk mengutuskan warkah memohon Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen dalam kadar segera.
BACA: Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
BACA: Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Fareez Azman
Wed Jan 20 2021

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesediaah Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bekerjasama adalah semata-mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat. - Gambar fail

Runtuh | Tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak runtuh, jalan alami kesesakan teruk
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.

Adun Amanah sertai PKR, Anwar dakwa pernah maklum kepada Mat Sabu
Anwar pernah menasihatkan Adun tersebut agar merujuk kepada Mohamad terlebih dahulu.

Dua Ahli Parlimen berpaling tadah, Anwar tetap dakwa ada jumlah majoriti
Anwar mendakwa Pakatan Harapan yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding Perikatan Nasional.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

Jangan ambil kesempatan, Amanah tidak pernah didik pemimpin gila jawatan - Mujahid
Jelas Mujahid, sehingga kini tiada makluman yang jelas diberikan ketiga-tiga pemimpin parti itu berhubung tindakan mereka.

Lompat parti: PKR langgar prinsip reformasi jika terima Adun Amanah - Penganalisis
Budaya lompat parti tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain Anwar sendiri secara tegas pernah menolak budaya itu.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Lompat parti: Anwar perlu teliti permohonan tiga Adun Amanah sertai PKR - Mujahid
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti.