KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan, Kedah pada Ogos lalu sebagai "takdir Allah SWT".
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, persoalan mengenai alam tidak seharusnya diletakkan 'kesalahan' kepada pencipta, sebaliknya melihat kepada tindakan manusia itu sendiri.
"Soal 'nature' ini jangan salahkan Tuhan, kadang-kadang ia masalah manusia.
"Mantan Menteri Kerja Raya dahulu, bila adanya kerobohan, 'act of God'. Bagaimana anda tahu itu takdir Tuhan, bila manusia itu rakus merosakkan balak?" katanya Anwar di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Pertikaman itu berlaku selepas soalan tambahan diajukan oleh Sabri Azit (Pas-Jerai) yang bertanyakan apakah tindakan kementerian untuk melestari hutan di sepanjang jalan menuju ke puncak Gunung Jerai kerana kesan kejadian kepala air menyebabkan timbunan pokok-pokok berskala balak masih tidak selamat.
Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti pembalakan berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai.
"Saya turun sendiri. Saya lihat pokok-pokok yang dibawa turun oleh kepala air ini bersekali dengan akarnya.
"Air itu bawa akar, menunjukkan tiada pembalakan di Gunung Jerai ini.
"Inilah yang dikatakan takdir Allah... kena terletak kepada Allah itu.
"Jadi, oleh itu saya menyatakan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan akan menjalankan program restorasi kawasan hutan terosot termasuk di Gunung Jerai.
"Sebanyak RM75 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek dan proses restorasi itu," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin menegaskan KeTSA memandang serius isu pembalakan haram dan kesalahan hutan yang lain di dalam Hutan Simpan Kekal.
Sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 29 kes pembalakan haram dan 207 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Semenanjung.
Manakala, sebanyak tiga kes pembalakan haram dan 49 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Sabah, kata beliau.
"Di Sarawak pula sebanyak 44 kes pembalakan haram dan 18 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan.
"Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa masing-masingnya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah," ujar beliau.
*Jom kita pantau apa ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober dan 10 hingga 11 Oktober di Sisi TV Parlimen
Hasimi Muhamad
Mon Sep 20 2021
Kenyataan Takiyuddin (gambar) bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan, Kedah pada Ogos lalu sebagai "takdir Allah SWT" dibidas Anwar Ibrahim. -Gambar fail
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Lebih 10,000 kes jenayah komersial direkodkan sejak Januari 2024
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Anwar berkata semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan dengan serius dalam memastikan keselamatan di sempadan negara, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.