awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab

Bernama
Bernama
03/05/2024
07:22 MYT
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melambaikan tangan kepada jemaah selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab, hari ini. - Foto Bernama
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di sini.
Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.30 petang disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan pengurusan masjid serta jemaah yang hadir.
Anwar bersama hampir 1,000 jemaah, seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Takwa dan Pekerjaan' yang disampaikan Imam I masjid berkenaan Wan Mohd Firdaus Wan Hasan.
Isi khutbah antara lain menyeru umat Islam supaya sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dalam melakukan urusan dunia dan berpandangan jauh dalam pekerjaan termasuk menjaga amanah serta berintegriti.
Khutbah juga mengingatkan jemaah untuk menjauhi perbuatan maksiat dan mungkar yang boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan diri, keluarga dan masyarakat, selain sentiasa mengingati kematian dan bersedia dengan bekalan hari akhirat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Solat Jumaat
#Masjid Kampung Sungai Merab
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan